Di Malaysia pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika mula dikenali pada tahun 1950 dan pada mulanya disediakan untuk kanak-kanak dari golongan pertengahan dan atasan. Hanya pada tahun 1960, beberapa agensi kerajaan seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat tadika, kebanyakannya di luar-luar bandar.
Pendidikan prasekolah telah berkembang dalam tempoh 1981-1984. Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah telah bertambah daripada 171 000 pada tahun 1980 kepada 279 000 pada tahun 1984. Dalam tempoh yang sama, terdapat sebanyak 5657 pusat prasekolah berbanding dengan 2974 pada tahun 1980.Sebanyak 4487 atau 79 peratus daripada jumlah pusat-pusat ini yang kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira 149 850 kanak-kanak atau 54 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990).
Pada tahun 1989 terdapat 6959 pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, 4728 di bawah berbagai-bagai agensi kerajaan , 631 di bawah badan-badan berkanun seperti FELDA(Federal Land Development Authority), 1392 dijalankan oleh pihak persendirian dan 208 di bawah organisasi sosial.
Matlamat dan Objektif Pendidikan dan Prasekolah
Matlamat
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif masuk ke sekolah rendah.
Objektif
Pendidikan Prasekolah membolehkan murid-murid:
Pendidikan Prasekolah membolehkan murid-murid:
- Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik;
- Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi;
- Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;
- Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kendudukannya sebagai bahasa kedua;
- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalan kehidupan seharian;
- Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
- Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan yang baik;dan mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan.
Pemilihan murid
- Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.
- Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.
Pengurusan Dan Pengelolaan Prasekolah
![]() | ![]() | ![]() |
Dalam perancangan penubuhan sesebuah prasekolah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ialah berikut:
1. Bangunan
Di antara bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah ialah rumah kediaman, rumah ibadat, bangunan khas dan balai raya.
Di antara bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah ialah rumah kediaman, rumah ibadat, bangunan khas dan balai raya.
2. Keperluan Tandas
Tandas merupakan Keperluan asas yang perlu disediakan di setiap pusat sekolah. Tandas perlu sesuai dengan ketinggian kanak-kanak lelaki dan perempuan. Lantainya tidak licin,sentisa bersih dan perlu dilengkapkan dengan besin dan cermin.

3. Ruang Belajar dan Rekreasi
Sebuah pusat prasekolah perlu mempunyai keluasan yang mencukupi supaya mempunyai ruang untuk sudut-sudut pembelajaran. Kawasan luarannya juga perlu disediakan dengan peralatan permainan yang mencukupi supaya kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti permaianan luar yang boleh memperkembangkan motor kasar kanak-kanak di samping perkembangan mental dan sosioemosi.

4. Bilik Sakit/rehat
Sebuah bilik sakit/rehat perlu disedikan dipusat prasekolah yang perlu dilengkapkan dengan katil dan kotak pertolongan cemas.
Sebuah bilik sakit/rehat perlu disedikan dipusat prasekolah yang perlu dilengkapkan dengan katil dan kotak pertolongan cemas.
5. Dapur
Sebuah bilik dapur yang terpisah dari sudut aktiviti perlu disediakan. Bilik ini hendaklah mempunyai peralatan yang mencukupi dan sentiasa bersih. Ia perlu dilengkapkan dengan pintu yang mudah dibuka.

6. Keselamatan
Pusat prasekolah hendaklah berpagar, mempunyai dua pintu, pintu-pintu ini hendaklah mudah dibuka (elakkan gril), parit dan lubang hendaklah ditutup, semak dan rumput hendaklah dibersihkan,alat-alat permainan hendaklah diperiksa selalu supaya tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Alat pemadam api perlu disediakan dan suis elektrik hendaklah terjamin selamat bagi kanak-kanak.

7. Stor
Pusat prasekolah perlu dilengkapkan dengan sebuah stor untuk menyimpan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan permainan.
Pusat prasekolah perlu dilengkapkan dengan sebuah stor untuk menyimpan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan permainan.
Pengurusan Ruang Kawasan Luar Kelas
Antara pusat yang terdapat di luar kelas adalah :
Pusat Pemeliharaan haiwan
- Sangkar haiwan perlu dibersihkan sekurang-kurang seminggu bagi memastikan kebersihan haiwan tersebut
- Bekas makanan perlu disediakan
- Jenis haiwan yang boleh diperlihara seperti burung, arnab dan kura-kura
Agihkan tugas dan membersihkan secara bergilir supaya dapat memupuk pelajar yang bertanggungjawab. Contohnya seperti;
- Membersihkan kolam ikan
- Membersihkan kebun dan tanaman bungaProses PembelajaranRangsangan dari persekitaran.
- Rangsangan yang sesuai dipilih oleh organ deria.
- Rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima 9 pemikiran dan penerimaan .
- Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.
- Perubahan tingkah laku (pembelajaran).Prinsip-prinsip pembelajaran yang dianggap penting diketahui oleh guru-guru sebelum mereka berhadapan dengan murid-murid mereka di bilik-bilik darjah.
- Pembelajaran harus diterima sebagai satu proses yang berlaku dalam diri murid-murid secara berterusan, iaitu selagi berlakunya modifikasi atau perubahan terhadap tingkah laku mereka.
- Perubahan-perubahan tingkah laku yang dijangka berlaku di kalangan murid-murid saharusnya dapat memenuhi ciri-ciri berikut :
- Murid-murid harus mempunyai kesediaan belajar yang tinggi.
- Proses pembelajaran hendaklah bergerak seiringan dengan penggunaan unsur-unsur motivasi yang berkesan.
- Proses pembelajaran seberapa bolehnya harus melibatkan murid-murid bekerja dan berinteraksi serta belajar secara aktif.
- Proses pembelajaran harus dapat memenuhi keperluan psikologi dan keperluan luaran muri-murid.
- Proses pengajaran yang baik akan terlaksana sekiranya murid-murid mengetahui objektif dan tugas masing-masing ketika itu.
- Murid-murid yang terlibat dalam sesuatu proses pembelajaran perlu mempunyai pengetahuan tentang kemahiran-kemahiran belajar.
* Daripada yang tidak diketahui kepada yang diketahui.
* Daripada yang tidak faham kepada yang difahami.
* Daripada yang tidak kenal kepada yang dikenali.
* Daripada yang sedikit kepada yang banyak.
* Daripada yang tidak boleh kepada yang boleh dilakukan.
* Daripada yang tidak dapat dirasai kepada yang dapat dirasai sepenuhnya.
Suasana Pembelajaran Yang Menggembirakan
a) Permainan Berfungsi
b) Permainan Membina
c) Permainan Berperaturan
d) Permainan Dramatik
b) Permainan Membina
c) Permainan Berperaturan
d) Permainan Dramatik
Ciri-ciri Suasana pembelajaran yang menggembirakan
Masa melakukan aktiviti:
Kanak-kanak memerlukan masa untuk meneroka bahan pembelajaran Melakukan aktiviti dan menghasilkan sesuatu.
Kurikulum yang pelbagai dan seimbang.
Pengalaman yang pelbagai dari segi bahan pembelajaran, jantina,budaya dan bangsa melatih kanak-kanak berfikir secara terbuka dan mudah suai.
Perancangan aktiviti yang sesuai.
Interaksi dewasa kanak-kanak.
Hubungan kanak-kanak dengan orang dewasa.
Objektif Pembelajaran komputer Kanak-kanak.
Objektif pengajaran dan pembelajaran membentukan Komputer dapat memenuhi aspek-aspek perkembangan berikut:
Memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti dijalankan secara berpasangan ataupun berkumpulan.
Memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberi.
Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerjaya yang dilakukan.
Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerjaya yang dilakukan.
Mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri seperti warna, bentuk dan saiz melalui program pengasingan.
Menyusun dan mengatur megikut saiz dan corak.
Membentuk Kemahiran awal bacaan seperti mengaitkan label perkataan dengan gambar.
Memperluaskan kreativiti seperti menjalankan program yang menggalakan penerokaan ataupun program membentuk grafik yang mudah.